Dalam era globalisasi ini, pengaplikasian teknologi
dalam pendidikan begaikan menjadi satu kemestian kepada setiap institusi
pengajian di negara ini. Salah satu teknologi utama yang menjadi tunjang kepada
pendidikan di negara kita ialah teknologi instruksional. Teknologi
instruksional merujuk kepada pengaplikasian kaedah dan strategi yang
digabungkan dengan teknologi bertujuan untuk membantu para pelajar dari segi
penguasaan objektif dan visi.
Tiga teras utama teknologi instruksional merangkumi
teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Teori pembelajaran
behaviorisme merujuk kepada perubahan tingkah laku secara releksi melalui
latihan manakala teori pembeljaran kognitisme merujuk kepada perubahan minda
akibat peningkatan ilmu pengetahuan. Teori pembelajaran konstruktivisme pula
merujuk kepada pengalaman individu yang berkisar kepada pengalaman penyelesaian
masalah.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dalam
mengaplikasikan teknologi instruksional. Pertama, bahan pengajaran menggunakan
teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Sebagai contoh,
dalam proses pembeljaran dan pelajaran untuk subjek sejarah, guru boleh
menggunakan bahan tayangan seperti keratan video dalam filem “Bukit Kepong” untuk
menambah tahap pemahaman para pelajar. Selain itu, isu seperti pengetahuan am
guru juga dapat membantu dalam penggunaan teknologi instruksional. Pengetahuan
am guru bagi seorang guru Geografi misalnya, tidak seharusnya hanya terbatas
kepada keadaan geografi Malaysia sahaja. Hal ini demikian kerana pengetahuan am
guru dapat menambahkan pengetahuan para pelajar kerana pelajar selalunya akan
bertanya perkara-perkara yang baru kerana sifat inkuiri setiap pelajar adalah
sangat tinggi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Walau bagaimanapun, isu tersebut turut akan
mencetuskan beberapa cabaran seperti galakkan terhadap para guru untuk
menggunakan teknologi instruksional dalam proses pengajaran. Hal ini demikian
kerana terdapat sesetengah guru kurang berminat menggunakan teknologi dalam
penyampaian ilmu. Sehubungan dengan itu, cabaran untuk meningkatkan pengetahuan
teknologi instruksional dalam kalangan guru misalnya,anjuran kursus khas
seperti bengkel teknologi instruksional juga harus diadakan dari semasa ke
semasa untuk memastikan peningkatan pemahaman guru terhadap teknologi
instruksional supaya pengalikasian teknologi tersebut dapat dilaksanakan secara
berkesan.
Sebagai kesimpulannya, teknologi instruksional dapat
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Namun begitu,
isu-isu pengalikasian teknologi turut mencetiskan beberapa cabaran yang
membataskan penggunaan teknologi ini. Justeru, cabaran-cabaran tersebut
seharusnya diatasi supaya pendidikan Negara dapat berkembang dengan lebih pesat
lagi.