Teknologi Instruksional Dalam Pendidikan

Wednesday, 16 May 2012

Dalam era globalisasi ini, pengaplikasian teknologi dalam pendidikan begaikan menjadi satu kemestian kepada setiap institusi pengajian di negara ini. Salah satu teknologi utama yang menjadi tunjang kepada pendidikan di negara kita ialah teknologi instruksional. Teknologi instruksional merujuk kepada pengaplikasian kaedah dan strategi yang digabungkan dengan teknologi bertujuan untuk membantu para pelajar dari segi penguasaan objektif dan visi.
Tiga teras utama teknologi instruksional merangkumi teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Teori pembelajaran behaviorisme merujuk kepada perubahan tingkah laku secara releksi melalui latihan manakala teori pembeljaran kognitisme merujuk kepada perubahan minda akibat peningkatan ilmu pengetahuan. Teori pembelajaran konstruktivisme pula merujuk kepada pengalaman individu yang berkisar kepada pengalaman penyelesaian masalah.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dalam mengaplikasikan teknologi instruksional. Pertama, bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Sebagai contoh, dalam proses pembeljaran dan pelajaran untuk subjek sejarah, guru boleh menggunakan bahan tayangan seperti keratan video dalam filem “Bukit Kepong” untuk menambah tahap pemahaman para pelajar. Selain itu, isu seperti pengetahuan am guru juga dapat membantu dalam penggunaan teknologi instruksional. Pengetahuan am guru bagi seorang guru Geografi misalnya, tidak seharusnya hanya terbatas kepada keadaan geografi Malaysia sahaja. Hal ini demikian kerana pengetahuan am guru dapat menambahkan pengetahuan para pelajar kerana pelajar selalunya akan bertanya perkara-perkara yang baru kerana sifat inkuiri setiap pelajar adalah sangat tinggi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Walau bagaimanapun, isu tersebut turut akan mencetuskan beberapa cabaran seperti galakkan terhadap para guru untuk menggunakan teknologi instruksional dalam proses pengajaran. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah guru kurang berminat menggunakan teknologi dalam penyampaian ilmu. Sehubungan dengan itu, cabaran untuk meningkatkan pengetahuan teknologi instruksional dalam kalangan guru misalnya,anjuran kursus khas seperti bengkel teknologi instruksional juga harus diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan peningkatan pemahaman guru terhadap teknologi instruksional supaya pengalikasian teknologi tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan.  
Sebagai kesimpulannya, teknologi instruksional dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Namun begitu, isu-isu pengalikasian teknologi turut mencetiskan beberapa cabaran yang membataskan penggunaan teknologi ini. Justeru, cabaran-cabaran tersebut seharusnya diatasi supaya pendidikan Negara dapat berkembang dengan lebih pesat lagi.


5 comments:

  1. Ping Owi said...:

    pengajaran pada masa kini perlu lebih mengaplikasi teknologi dalam sistem pengajaran, teknologi instruksional dilihat dapat membantu dalam mencapai matlamat dengan lebih mudah.

  1. Ping Owi said...:

    teknologi instruksional ini perlu dimajukan dengan kerja sama semua pihak.

  1. tasha lee said...:

    saya setuju dengan pendapat anda, para guru perlu mengaplikasikan teknologi instruksional. Hal ini kerana, pelajar sekarang lebih gemar bertanya dan lebih gemar memperoleh ilmu secara visual seperti tayangan video dan sebagainya kerana ia akan memberi impak yang lebih berkesan berbanding dengan cara pembelajaran yang hanya berlandaskan buku atau pembacaan.

  1. amber said...:

    ya,teknologi instruksional ini amat berguna dalam pendidikan semasa sesi pembelajaran dan pengaajaran kerana para pelajar akan lebih memahami dan mendapat gambaran apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka.

  1. amber said...:

    semua pihak harus bekerjasama supaya pengaplikasian teknologi tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan. oleh itu, sesi pembelajaran dan pengajaran lebih kreatif dan mudah disampaikan oleh para guru serta tahap penguasaan para pelajar terhadap objektif dan visi lebih tnggi.

Post a Comment